Sunday 6 September 2020

Handling My Nightmares

PANIC ATTACKS

Kali terakhir saya mengalaminya ialah ketika di kolej kira-kira dua tahun yang lepas. Selepas itu tak ada pun jengukkan darinya. Diri rasa gembira sehingga saya lupa tentang masalah ini. Sampai kan hari ni tak terlintas langsung tentang masalah saya yang satu ini sehinggalah saat ia kembali balik dengan serangan yang lebih hebat. 

Sepanjang saya mempunyai masalah ini telah banyak kajian saya lakukan untuk mengetahui cara mengatasi dan mengawal masalah saya ini. Namun, semuanya sia-sia sahaja. Hidupan di kolej yang membantu saya banyak dalam mengawalnya terutamanya kawan-kawan yang sentiasa beri sokongan. 

Sehingga kan masalah saya ini dapat dikawal dengan baik. Ia hilang untuk dua tahun, namun bila ia datang balik saya terfikir-fikir saya apa yang telah trigger benda itu untuk datang balik. 

Panic attack is not something you take lightly. It can be deadly when you don't know how to keep it under control. Panic attack adalah ketakutan yang melampau secara tiba-tiba. Rasa sesak nafas secara tiba-tiba, berpeluh atau perasaan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku merupakan tanda-tanda serangan panik.

BAGAIMANA

Serangan panik ini boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Namun ia juga mungkin boleh berlanjutan sehingga  30 minit atau lebih. Ia mengikut kepada keadaan dan situasi semasa. Ketakutan yang dialami mungkin akan menyebabkan sesak nafas atau membuatkan kita hilang kawalan. Seseorang yang mengalami serangan panik biasanya mengalami perasaan ketakutan yang tidak dapat dijelaskan. Ianya berlaku dalam beberapa masa beberapa minit sahaja. Apabila ini berlaku, seseorang akan merasa seperti serangan jantung yang sangat menakutkan bagi mereka. Gejala serangan panik adalah berbeza untuk setiap orang.

CARA MENGAWAL


  1. KENALI PANIC ATTACK

Ketika  serangan panik, tubuh kita biasanya mengeluarkan isyarat "bahaya" sehingga kita merasa takut. Dalam keadaan seperti ini, tubuh kita secara automatik bertindak balas dengan beberapa sensasi fizikal dan psikologi. Ramai orang mengalami simptom  serangan panik, tetapi menganggap mereka mengalami serangan jantungJadi, menyedari gejala, sebab, dan sensasi lain yang berlaku semasa serangan panik adalah penting untuk diketahui. Dengan mengetahui  serangan panik yang  lebih dalam, kita dapat membezakan gejala  serangan panik  dari  serangan jantung  sehingga membuat kita lebih mengetahui apa yang terjadi pada diri kita sendiri. Oleh itu, kita bahkan dapat menjangka dan menguruskan kedatangan  serangan panik seterusnya.


   2. PENAFASAN

Walaupun ia sukar tetapi ia tidak boleh untuk dikawal, jika menggunakan teknik dan cara yang betul, maka ia mampu dikawal. Salah satu darinya ialah apabila serangan panik berlaku segera tarik nafas dalam-dalam, kerana ia akan meredakan rasa cemas pada diri kita. Ini dapat mengelakkan serangan panik memburuk atau hiperventilasi . Tarik nafas dalam-dalam semasa anda menyedut. Tahan selama beberapa saat sebelum menghembus nafas lagi. Ulangi kaedah ini sehingga anda berasa lebih baik.

    3. CUBA MEMAHAMI KEADAAN

Dengan memahami bahawa apa yang anda alami adalah serangan panik dan bukan serangan jantung atau penyakit sekutu darinya. hal ini akan dapat meredakan sedikit masalah cemas anda. Apabila anda mengetahui bahawa apa yang anda alami adalah serangan panik, ketakutan yang anda alami akan menjadi kurang sedikit.

    4. TENANGKAN DIRI

Semasa mengalami keadaan ini, sangat penting untuk menjaga ketenangan fikiran anda. Apabila anda berada di tempat yang mempunyai banyak orang dan agak membisingkan, tutup mata anda untuk menenangkan diri. Ini dapat menangkis pelbagai rangsangan luaran yang mungkin membuat anda panik sehingga anda dapat lebih fokus pada pernafasan. 

    5. ALIHKAN PERHATIAN

Jangan terlalu banyak berfikir ketika anda mengalami serangan panik. Cari objek di sekeliling anda untuk menjadi titik tumpuan. Fikirkan tentang perkara-perkara mengenai objek dari corak, warna, bentuk, bahan, dan sebagainya. Apa sahaja yang mampu mergalihkan perhatian anda. pastikan tumpuan diberikan sepenuhnya pada perkara tersebut.

 Ini adalah cara-cara yang digunakan pakao oleh saya dan ia berkesan. Jadi buat saudari dan saudara yang mempunyai masalah sana seperti saya, saya sarankan anda untuk mencari penyelesaian untuk diri anda sendiri. 

Di dunia ini ada yang memahami dan ada juga yang tidak memahami penderitaan yang sedang kita alami. Dalam kala itu apa yang harus kita buat ? Takkan kita nak teruskan hidup dengan harapan ada yang datang membantu. No, bangun dari pemikiran itu. Tidak ada seorang pun yang mampu bantu diri kita selain kita sendiri. 

Jangan teruskan hidup dalam penderitaan itu. Buat yang tidak pernah rasa panic attack, tidak akan memahami penderitaan apa yang saya maksudkan. Buat anda yang mempunyai masalah ini saya harap paparan saya dapat membantu. Sekian dari Phobia Gurl .

    

 

 


No comments:

Post a Comment